Saturday, January 19, 2013

Buat kesekian kali aku terasa seperti 'lost' lagi. Dalam satu tahun ni entah kali keberapa ke'lost'an ini singgah dalam diri aku.

Seperti biasa, cuti semester dah bermula dan aku sekarang dalam semester terakhir. Aku perlu siapkan project research secepat yang mungkin supaya aku boleh terus cari kerja lepas tu.

Walaubagaimanapun, bila cuti bermula kita akan jadi malas seperti biawak. Aduuii.

Kemudian, pelbagai kemungkinan menerawang dalam akal fikiran seperti saya mahu kerja dahulu kemudian saya akan siapkan research. OhMaiGod. Itu bukan pilihan yang tepat mungkin.

Yang aku pasti aku tidak sesuai bekerja di office dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Itu bukan diri aku. Aku lebih suka kan kerja yang memberikan aku kebebasan seperti? menjadi surirumah!

Argh, itu bukan jawapan yang tepat!