Saturday, February 20, 2010

Assalamualaikum.

Korang dah tengok blom movie Percy Jackson: The Lightning Thief ?? Woww, movie ni sangat best. I give them 5*. Pastu ditambah pulak dengan pelakon yang hensem, kacak dan bergaya. Storyline pun menarik dengan penggunaan CGI dan efek-efek yang bagus, maklumlah director dia Chris Columbus (penah jadi director filem Harry Potter, Home Alone, Bicentennial Man, Night At The Museum). 

Filem Percy Jackson ni adaptasi dari novel. Tajuk novel pun sama, macam Harry Potter jugak ada series. Macam biasa jugak walaupun adaptasi dari novel tapi jalan cerita tak sama dan telah diubah. Dalam novel, cerita bermula masa Percy umur 12 tahun pergi sekolah jumpa raksasa yang menyamar jadi teacher kat sekolah tu (dia sorang je sedar ada teacher kat sekolah nama Mrs Dodds). Tapi dalam filem pulak, cerita bermula masa Percy umur dalam 17tahun. Pastu pegi sekolah jumpa la dengan Mrs Dodds yang jadi cikgu ganti untuk subjek sastera. Mrs Dodds ni bertukar jadi raksasa pastu claim lightning bolt kepunyaan Zeus dicuri oleh Percy. Percy yang hensem sangat ni pun kebingungan sebab bukan dia yang curi. Then, pengembaraan pun bermula. Misi menyelamatkan dunia oleh Percy Jackson.




Percy Jackson by Logan Lerman. Logan baru 
berumur 18 tahun, baru habis SPM.. hehehe..

Percy ada protector tau, nama dia Grover Underwood (mamat ni separa goat yang digelar Satyr). Dalam cerita ni konon-kononnya Percy ni separa manusia separa dewa laa sebab bapak dia dewa Poseidon yang adik beradik dengan dewa Zeus dan dewi Athena. Dalam kepercayaan Greek, 3 dewa ni memang gempak la sebab dorang dewa utama. Pastu barula ada dewa lain macam Hermes, Hera, Demeter, Ares, Apollo, Artemis, Hephaestus, Aphrodite and Dionysus. Click sini nak tahu pasal dewa-dewa Greek ni


Lepas diserang oleh pelbagai monster dan binatang yang pelik, Grover pun bawa Percy pergi Camp Half-Blood. Kat sinilah Percy jumpa awek cun nama Annabeth. Annabeth ni pun separa manusia gak sebab dia anak Athena dengan lelaki yang bukan dewa (bapak Annabeth manusia biasa sahaja :P ). Dekat Camp Half-Blood ni semua penghuni adalah separa manusia dan separa dewa tapi kekuatan bergantung jugak dengan asal usul darah keturunan. Kalau mak bapak dorang termasuk dalam kategori 3 dewa utama maka mereka sangatlah power dan berwawasan tinggi untuk menang dalam apa-apa acara sekalipun. Hehehe. Kalau taraf darah keturunan lagi tinggi maka mereka lebih kuatlah macam Percy & Annabeth. Dorang ni kira macam sepupulah sebab mak ayah dorang adik beradik (Poseidon & Athena). 


Grover, Percy & Annabeth. 


Kalau korang nak tahu cerita seterusnya lebih baik korang pergi tengok dekat GSC ke TGV ke. Beli popcorn pastu duduk dengan selesa untuk 120 minit. Pasti puas hati sebab aku dah rekemenkan gila-gila cerita ni( Dorang kena bayar aku royalti sikit sebab dah promote kehenseman Percy(lagi..Hehe)). Aku tengok movie ni dekat Pavilion kerusi paling depan (terpaksalah dongak sampai kepala terteleng), itupun setelah beratur panjang di TimeSquare dan tiket telah habis. Nak pergi karaoke tapi mahal gile RM35 satu kepala di RedBox (hiburan selama 3jam). Nak karaoke cukup je kot sejam, ini pakej sampai 3jam. Okay sambung balik pasal Percy untuk perenggan seterusnya. 

Elemen yang best dalam filem ni pula bila watak utama cool sangat pastu dahla hensem kan (berapa ratus kali daa puji pelakon ni). Pastukan, efek memang gempak tambah pulak pelakon hensem (mak aihh..janganla bosan dengar pujian ni). Yang penting aku suka la keseluruhan cerita ni. Filem ni sesuai ditonton seisi keluarga kerana tiada elemen 18 tahun ke atas. Tambahan pula filem ni masih dalam category komedi.


Ni Percy masa dekat Medusa's place. Dia nak 
selamatkan Annabeth guna iPhone tu. Perghh..


Apalagi kawan-kawan... jomlaaa pergi tengok!! :))

2 comments:

CeritaCikeding said...

awak,kite kan, ske tgk cite ala2 hary puter.kite jeles awak dah tengok percy..kite tak nak kawan awak lagi.

EqynnYusof said...

awk, jgnla cmtu. kte syg awak. hehe. pasni kte tgk sesama ek. aku rase cm nk bace buku die r. cambest je. pasnih ade sekuel tau. taun dpn kot kua. :))