Sunday, March 3, 2013

Salam.

Aku baru start semula consume Herbalife. Last time aku makan masa bulan Julai sebab ada testimoni untuk pesakit ekzema macam aku ni.

Untuk ekzema kena minum Aloe.



By the way, this time aku betul-betul minum untuk sihat dan hari Rabu (26 Feb 2013) aku start semula minum. Yang peliknya, masa makan bulan Julai aritu aku macam tak rasa apa-apa perubahan pun.

Tapi yang ini, aku rasa cam badan aku kuat & kurang letih. Mungkin sebab Tea-Mix tu yang berfungsi memberi tenaga. Waahh, seriously aku letih gile tapi masih mampu berjaga. Dah kurang tido petang. =)



Before ni kalo letih sikit je mesti terus tertidur pas letak kepala atas bantal. Average dalam 30secs mesti aku dah tido. Hahaha. Tak sempat nak baca doa.

Mak aku lak tak habis-habis excited. Siap suruh aku beli penimbang Herbalife lagi tuuu. Hahaha. Mak memang selalu cakap yang dia risau badan dia rasa berlemak & menggelebah. Haaa, elok jugakla aku belikan untuk dia Herbalife tu. Niat bukan nak suruh mak kurus tapi nak cukupkan nutrisi dalam badan mak supaya mak sihat & senang nak beribadat.

Mengikut pengiraan penimbang aritu, aku kena turun 2kg. Sebab berat aku 51kg dengan ketinggian 153cm (katek je aku ni =D), berat ideal aku sepatutnya dalam 48-49kg. Tapi setakat ni masih belum turun lagi sebab aku kurang minum air. Eh!

Erm, kalo korang nak tahu setiap 25kg berat badan kita ni memerlukan 1liter air. So, aku kena minum 2liter air putih setiap hari.

Formula 1 (shake) yang buat perut rasa kenyang pun terasa semakin sedap. Pelik. Dulu aku rasa biasa-biasa je, kadang-kadang rasa tak sedap. Hahaha. Mungkin lidah aku dah start rasa benda tu sedap kot. KFC terasa seperti terlalu berlemak. Minuman manis terasa mahu tolak ketepi. Uhuuuu. Baguss!



Aku rasa lebih bersemangat. 



**I really hope I can finish my masters study by this sem. End ofJuly.

***Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, Rabbi yassir wala tuassir.     

0 comments: